Monday, September 19, 2011

biarkan aku terus bersamaMu


Bingung!
Bila mengenangkan diri ini
Aku dengan dunia ciptaanku sendiri
Atau Kau yang menjauh dariku

Jarak antara kita makin terasa kian jauh
Cintaku untukMu makin pudar
Tapi mengapa jadi begini?
Terlalu hinakah aku untukMu
Aku tahu memang aku tidak layak
Untuk berada disampingMu
Untuk terus mencintaiMu

Tapi!
Aku takkan pernah putus asa
Memberikan yang terbaik hanya untukMu
Kau satu yang terbaik untukku
Nilai kasihMu sangat bernilai
Taraf cintaMu jauh bedanya dengan yang lain

Biarkan aku
Biarkan aku
Biarkan aku untuk terus bersamaMu
Akan ku kejar cinta terangungMu
Kerana aku tahu Kau sentiasa ada untukku

Ya Rabbi
Hanya kau dihatiku
Hanya kau untukku.


o Allah!
please tie me tightly to you.
tarik daku lebih dekat denganMu
biarpun dalam susah dan senangku
biarkan daku sentiasa ada bersamaMu

jazakumullahu khairan :)

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لاََإِلَهَ إِلاَّ أَنْتََأسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ

\(^-^)/ barakallah