Japan quake.
Surah Ar-Rum (30:41)
"Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, Allah menghendaki agar mereka merasakan sebahagian daripada akibat perbuatan mereka agar mereka kembali."
terus hati ni rasa sebak. sebak sangat bila terfikirkan sempatkah aku berjumpa dengan kedua orangtua ku ? sempatkah aku memohon ampun dan khilaf pada semua ? sempatkah aku ? sempatkah sempatkah ? andai nyawa ini dicabut mungkin semua persoalan tak akan pernah ada jawapan.
dan alhamdulillah aku masih diberi kesempatan menghirup udara yg dikurniakanNya sehingga ke saat ini.
dan aku sgt bersyukur masih diberi peluang untuk merasai kebahagiaan. yup kebahagiaan yg paling ikhlas pernah aku dapat sepanjang hayat. kasih ibu. kasih ayah. kasih abang adik. masih diberi kesempatan bersalaman dan mencium dahi ibu dan ayah. alhamdulillah sangat.
dalam ingatanku, aku hanya terbayangkan andai aku kehilangan mereka yang aku sayang. mungkin saat itu bakal menjadi saat yg terperit buat aku. dan hanya satu hajatku. Kau cabutlah nyawaku dahulu sebelum nyawa mereka2 yang aku sayangi dicabut kerana aku tak sanggup dan tak dapat terbayang apa yg akan terjadi kepada hayatku selepas itu.
sungguh aku insafff sungguh ya Allah ~
No comments:
Post a Comment