Tuesday, March 15, 2011

improve jom !


"Ketahuilah bahawa dengan sesungguhnya berusahalah untuk mencari cahaya itu adalah lebih baik daripada terus menyumpah kegelapan."

you, YOURSELF :)

Surah An-Nisa' (4:79)
"Kebajikan apa pun yang kamu peroleh adalah dari Allah, dan keburukan apa pun yang menimpa itu adalah dari kesalahan dirimu sendiri."

Surah Yusuf (12:53)
"Dan aku tidak menyatakan diriku bebas dari kesalahan kerana nafsu itu selalu mendorong ke arah kejahatan."

Surah Al-Isra' (17:36)
"Dan janganlah kamu mengikuti sesuatu yang tidak kamu ketahui kerana pendengaran, penglihatan dan hati nurani, semua itu bakal minta dipertanggungjwabkan."

Surah Az-Zukhruf (43:37)
"Dan sungguh syaitan benar-benar menghalang mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka mendapat petunjuk."

the solutions :)

Surah Al-Baqarah (2:2)
"Al-Quran ini tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi mereka yang bertaqwa."

Surah Al-Imran (3:138)
"Al-Quran suatu keterangan yang jelas untuk semua manusia dan menjadi petunjuk serta pelajaran bagi orang-orang yang bertaqwa."

Surah Al-Anfal (8:24)
"Wahai orang2 beriman, penuhilah seruan Allah dan Rasul apabila dia menyeru sesuatu yang memberi kehidupan kepadamu. Ketahuilah Allah membatasi antara manusia dan hatinya dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dikumpulkan."

Surah Ar-Ra'ad (13:28)
"Ingatlah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram."

Surah An-Nahl (17:128)
"Sungguh Allah berserta orang yang bertaqwa dan orang yang berbuat kebaikan."

Surah An-Nazi'at (79:40-41)
"Dan adapun orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri daripada keinginan hawa nafsunya. Maka syurgalah tempat tinggalnya."

Nsyallah. semoga semua yang kita lakukan pada hari ini dan hari-hari seterusnya sentiasa mendapat barakah dan keredhaanNya. amin :)

sesungguhnya yang buruk itu datangnya dari saya sendiri. maaf sekiranya saya ada berbuat salah dalam menyebarkan ajaran mulia ini.

together we correct the mistakes and improve our iman. nsyallah :)



2 comments:

jazakumullahu khairan :)

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لاََإِلَهَ إِلاَّ أَنْتََأسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ

\(^-^)/ barakallah