Tuesday, May 17, 2011

gagal = kecewa


Ibnu Qayyim al-Jawziyyah berkata : 




"Allah SWT cemburu terhadap hati hambaNya yang mengabaikan cinta, harap dan takut kepadaNya, dan ada sesuatu yang lain dalam hatinya selain DIA."


ada apa dengan couple ?
wahai pemuda pemudi diluar sana, ketahuilah IT'S NOTHING ! 

lelaki / perempuan yang awak dok puja2 tuu tak boley bawak awak masuk syurga pon ~
haih. 

selagi tiada ikatan sah yg menghalalkan hubungan, sebaik mana pon lelaki / perempuan yang awak dok sayang2 cinta cintun sangat tuu, Allah tak akan pernah redha dengan hubungan tersebut. 

implikasi buruk :
- buang masa
- buang duit
- rugi dah semua feeling best2 nk bg kt bakal suami dah dibagi secara free dan rela kt lelaki yang tak halal malah bernafsu binatang
- hati hitam
- jauh daripada Hidayah Allah

mana lagi seronok ?
Hidayah dan Rahmat Allah ataupun kasih sayang yang bertandukkan nafsu kekasih anda ?

mana lagi takut ?
amarah kekasih dan keluarga yang merestui hubungan haram anda ataupun kemurkaan Allah ?

sungguh kecewa ~

Renungan buat wanita :
rujuk : muslimah yang sedang dalam penantian


Saudariku, muslimah solehah..

wanita muslimah, laksana bunga yang menawan…
wanita muslimah yang solehah bagaikan sebuah perhiasan yang tiada ternilai harganya,
Begitu indah…
begitu berkilau…
begitu metenteramkan…
teramat ramai yang ingin meraih bunga tersebut…

Namun tentunya tak sembarangan orang berhak meraihnya untuk menghirup madunya..
hanya dia yang benar-benar terpilih, yang dapat memetiknya…
yang dapat meraih pesonanya…
dengan harga mahal yang teramat suci…
sebuah ikatan amat indah bernama pernikahan…

Kerana itu sebelum saatmu tiba, sebelum orang terpilih itu datang dan menjemput mu ke istananya…
janganlah engkau biarkan dirimu layu sebelum masanya…
jangan kau biarkan serigala liar menjadikanmu bahan permainan dalam kerakusannya…
jangan kau biarkan kumbang berebutan menghisap madumu…
jangan kau biarkan mereka mengintipmu diam-diam dan menikmati pesonamu dalam kesendiriannya..
Jangan kau biarkan dia mempermainkan hatimu yang rapuh diatas nama taaruf, atas nama cinta…
Ya… atas nama cinta.

Saudari,
Tahukah kalian jika seseorang jatuh cinta, maka cinta akan membungkus seluruh aliran darahnya,
membeku dalam jari-jemarinya, dan menutup semua mata, hati dan fikirannya.
Membuat seseorang lupa akan prinsipnya,
Membuat seseorang lupa akan besarnya fitnah ikhwan-akhwat,
Membuat seseorang lupa akan apa yang benar dan apa yang seharusnya dia hindarkan,
Membuat seseorang itu lupa akan apa yang telah dipelajari sebelumnya tentang batasan-batasan pergaulan ikhwan akhwat…
Membuat seseorang menyerahkan apa sahaja, supaya orang yang  dicintai “bahagia”
Membuat orang tersebut lupa, bahawa cinta mereka belum tentu akan bersatu dalam pernikahan.

Saudari,
Kalian tentunya sudah mengerti dan faham.
bagaimana rasanya jika sedang jatuh cinta.
jika dia jauh, kita merasa sakit kerana rindu.
jika ia dekat, kita merasa sakit kerana takut kehilangan.
Padahal dia belum halal untukmu,
dan mungkin tidak akan pernah menjadi yang halal.

Saudari,
Jangan sampai cinta menjerumus mu kedalam lubang yang telah engkau tutup rapat sebelumnya,
Kerana itu, jika engkau mulai menyedari adanya benih-benih cinta mulai tertanam lembut dalam hatimu yang rapuh, bersegeralah membuat sebuah benteng yang tebal, yang kukuh…
Tanam rumput beracun disekelilingnya…
Pasang halangan berduri di laluan – laluannya,
Berlarilah menjauhinya, menjauhi orang yang kau cintai.
Buat jarak yang demikian lebar padanya.
jangan kau berikan dia kesempatan untuk menjajaki hatimu.
Biarlah air mata mengalir untuk saat ini…
Kerana kelak yang akan kalian temui adalah kebahagiaan…

Saudari,
Cinta sejati hanyalah pada Rabbul Izzati.
Cinta yang takkan bertepuk sebelah tangan.
Namun Allah tidak ego mendominasi cinta hamba-Nya.
Dia memberikan kita cinta kepada anak, isteri, suami, ibubapa dan kaum muslimin…
Cinta yang begitu dasyat pengaruhnya…
biarlah sakit ini untuk sementara waktu.
biarlah luka ini mengering dengan berjalannya kehidupan…
Kerana cinta tidak lain akan membuat kalian sendiri yang menderita…
Kalian sendiri…


Sumber: Muslimah Yang Sedang Dalam Penantiannya | Paradigma MUKMIN http://akuislam.com/blog/renungan/muslimah-yang-sedang-dalam-penantiannya/#ixzz1MZQXDjMf

No comments:

Post a Comment

jazakumullahu khairan :)

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لاََإِلَهَ إِلاَّ أَنْتََأسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ

\(^-^)/ barakallah