Sunday, March 13, 2011

zalimkah ?

adakah zalim jika kita melakukan PERUBAHAN ?
zalimkah jika kita berusaha dengan sesungguhnya untuk mendapatkan keredhaanNYA ?
ZALIMkah diri ini ?

memang kita tidak akan pernah terlepas dari kutukan, cemuhan, kritikan orang ramai
mungkin juga kita sering diajukan dengan kata-kata tohmahan yang tidak berasas
tidak mengapa, kerana dengan sesungguhnya bukan redha dan pandangan manusia yang kita perlukan. 
sebaliknya redha Allah itulah yang lebih utama :)

persoalan yang selalu bermain diminda. "zalimkah perubahan ini ? zalimkah ?" 
and the best solution saya try refer kat hadith dan juga tafsir, and and and i did some research from google. alhamdulillah saya jumpa the best answer.
:)

Firman Allah Taala: (Surah Al Baqarah Ayat 195) Ertinya:
Dan belanjakan (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) Agama Allah. Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri ke dalam bahaya kebinasaan (dengan sikap bakhil) dan perbaikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu, kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha supaya baik amalannya.

( Surah Al A’raf Ayat 23 ) Ertinya:Mereka berdua merayu : “Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami orang-orang yang rugi.”
Sabda Rasullallah Sallallahu Alaihi Wasallam; Ertinya:Berlaku adillah walaupun ke atas diri kamu.
Orang yang tidak beriman dan orang yang melakukan maksiat sebenarnya orang yang zalim kepada diri sendiri kerana mereka tidak akan terlepas daripada hukuman Allah Taala di dunia dan di akhirat disebabkan mereka tidak mahu menyahut seruan Islam dan tidak patuh kepada hukum yang ditentukan oleh Allah Taala.
sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Pengasih.

4 comments:

  1. Orang yang buat maksiat itulah orang yang zalim...jangan takut saudari, bukan redha manusia yang dicari, redha ALLAH yg dicari..

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah.
    sesungguhnya saya hanya hambaNya yang lemah yang tidak terlepas daripada melakukan kesalahan.
    nsyallah redha Allah itu akan kita peroleh nsyallah :)
    thnx fr ur advice.

    ReplyDelete
  3. Semoga Allah sentiasa mengawasi saudari

    ReplyDelete

jazakumullahu khairan :)

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لاََإِلَهَ إِلاَّ أَنْتََأسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ

\(^-^)/ barakallah